(ini namanya sedang bersedih mahu menangis bukan memanggil pakcik usop merangkap rakan abah saya eh ada ke kawan abah saya bernama usop?)
Di kala ini saya sedang mengenang kehidupan penuh onak ranjau duri sepanjang 5 tahun bergelar mahasiswi universiti eceh ayat tak boleh blah jiwang lak sepak kang.
Okay. now i have another 4 weeks before my title as a STUDENT will end insyaAllah. gembirakah? agak la sebab saya sudah muak bosan menghadap
Saya akan merindui bas RapidKL yang perlu dibayar seringgit untuk perjalanan sehala
Juga akan merindui suasana di kelas yang tak mungkin akan berlaku di alam ofis yang serius apabila sesuka hati masuk kelas lambat dapat buat lawak terjerit jerit ketawa bersama rakan sekelas
Owh tidak lupa juga apabila cash in bank menunjukkan baki sebanyak RM150 sahaja membuatkan saya terasa mahu buat part-time jual burger ke takpun jadi babysitter bagi mengisi masa lapang sementara final exam start minggu depan? tapi niat suci berkenaan terpaksa dilupakan apabila mendapat panggilan dari abahku.
"Duit dalam bank tinggal berapa sekarang?"
Mulanya ingin merahsiakan kesusahan hidupku di perantauan tetapi terjujur terlanjur berkata pula.
"Em tinggal seratus setengah je"
"Takpe lah. nanti esok abah bank in dua ratus"
Owh sangat simple ayat abah tanpa banyak soal
hanya mampu makan kerak nasi disebabkan mahu mengikat perut.
ni kalau mak tengok gerenti beliau menangis terus sahaja bagi kebenaran makan KFC, kenny rogers semua tu.
bil elektrik gara gara penangan air cond yang sengaja mahu mengikis harta aku. cis!~
saya juga semakin gigih belajar sehingga mahir menekan kalkulator bagi menyelesaikan hutang piutang.
Emm saya juga akan bakal merindui kawan kawan saya yang sangat gila seronok! :(
Kepada rakan rakan sekalian,
GOOD LUCK FOR OUR FINAL EXAM AND SEMESTER AS WELL! ! DO OUR BEST TAU.
p.s : sedang mengulangkaji pelajaran sementara laptop di hadapan sambil melayari internet membuka facebook jadi adakah saya benar benar mengulangkaji? ^_^
love, ZIEMA
gud luck bebeh...
ReplyDeleteeh kak aida.
ReplyDeletetq so much :)
doakan saya tau.
gud luck ;)
ReplyDeletetq cik akma :)
ReplyDelete